Thursday, 14 July 2016

#teamrayabangi

Salam

Raya ke-4 balik ke bangi sebab raya ke5 ada openhouse family bangi. Paklong halim buat untuk family tok nang (kedah). Kami jadik wakil tempat gitu. Ingat nak balik isnin tapi tak best plak tak join. huhu

Merasa jugak la jem sekejap kat karak. Delay dalam 3jam. Alhamdulillah selamat sampai kat ZP kul 5lebih. Sepatutnya sampai 1 lebih camtu. Tapi sebab AafiyaNajya nak yak2 plak dah haha. Tengah banyak kete benti la sat kat petronas hehe.

Pagi Ahad tu ada photoshoot family sebab tak sempat buat sebelum tu. Pagi2 meriah le berbaju raya haha. 1st raya on 5th raya kata masyu ekeke. sebab kali ni 1st raya ramai takde. hukhuk. 3 family takdak. bangbol, wawa n kakpating.

meh melayan gambar yang ada raya 5. Photoshoot dan open house.

lovey dovey
















Wednesday, 13 July 2016

Aqiqah AadeliaNuriaSalwana

Salam..

Kali ni kami buat Aqiqah AadeliaNuria kat ganu. Alang2 balik raya ganu kan.. hehe. So buatla sekali. Kot2 ni Aqiqah terakhir kan. wakaka. Awal puasa dah plan. Agak lambat dan disebabkan raya banyak la catering tak nak buat job ni. So terpaksa cari yang runcit2 tapi ada sorang la yang incharge. Bila gini harga kemain mahai! 

Menu hari tu

  • Nasi minyak, Daging masak apa ek lupa haha, gulai kambing, ayam masak merah, acar timun dan nenas, sambal belacan dari catering lupa nama haha. Nasi memang sedap tapi harga better terus amek ngan catering tu direct. Ni kakpating amek ngan orang lain dan dia sub plak kat catering ni huhu.
  • Sate dari kakcik. #azlinsatay. Sape nak order boleh contact 012-627 8927. Memang sedap ! hehe
  • Laksa kuah putih dan merah. Kuah putih mami yang masak dan kuah merah order ngan tempat beli laksa
  • Candy Buffet 
  • Brownies
  • Kek buah
  • Cheese tart dari Lina Manan 0122187424. Geng stamak ni hehe.


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Ada la sikit2 benda yang tak smooth. Tapi yang paling frust bila kita order makanan ada pulak last minute dorang cancel! Order kuih talam, ketupat palas dan tapai boleh dorang cancel. adehhh!! Geram kot. Kot ye pun cakap la awal2 boleh cari alternatif lain. huhu. Niat nak jamu orang makan kan tapi menu yang sesuai ngan raya xde plak. haihhh!  hurmm takpelah. Chill kak pating chill! hehe

Gambar pun tak berapa nak amek haha. Tak sempat. Layan mana ada jela.

brownies, kek buah, cheese tart

ANS dan Miya.

Candy Buffet


Door gift : Yasin, Cookies box, Bunga rampai

Tuesday, 12 July 2016

#teamrayaganu

Salam Syawal

Tak terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya kat semua hehe

Tahun ni turn raya di ganu. 2hari sebelum raya baru gerak balik ke ganu. Setel order kawan2 dan jiran, setel doorgift Aqiqah AadeliaNuria dan lain2 lah. 

Meh le layan gambar raya di ganu sket.



wif my luv porever n eber hahah



AadeliaNuria dan mok adik

wif ANS. my pwincesss

masih xlengkap kakcik & bamzelin

1st time AadeliNuria dan meowww sukenya dia!
ok tu jelah hehe.

Thursday, 9 June 2016

Jom order kek syawal!


TEMPAHAN KEK SYAWAL KINI DIBUKA !!
===================================
.
Salam Ramadhan Kareem! Selamat menyambut ramadhan diucapkan dari kami di Bareeqa Kitchen.
.
Kami dengan ini mengumumkan bahawa tempahan BROWNIES, DABEL B & KEK BUAH KUKUS kini dibuka mulai SEKARANG! Tarikh tutup tempahan ialah pada hari Ahad, 19hb Jun 2016.
.
Jom ceriakan Syawal anda dengan kek kami. Jangan lupa hadiahkan buat keluarga tercinta, kawan-kawan tersayang mahupun saudara mara yang dikasihi.
 .
Harga mampu milik! 
Brownies - RM50 (SM) RM55 (SS)
Dabel B - RM52 (SM) RM57 (SS)
Kek Buah Kukus - RM40 (SM) RM45 (SS)
*Harga termasuk pos*
.
Whatsapp terus ke : 012 3956467
Whatsapp terus ke : 012 3956467
Whatsapp terus ke : 012 3956467
.
P/S : Sebarang perubahan tarikh tutup akan dimaklumkan dan ianya bergantung pada pihak Pos Laju.
.
P/S : Untuk Pickup & delivery jugak boleh tau.

#BareeqaKitchen #keksyawal

Wednesday, 8 June 2016

Iftar 2 | Resepi Mandy Ayam

Salam Ramadhan.

Iftar 2 kak pating berbuka dengan menu nasi arab mandy kan. So kakpating nak share resepi Mandy Ayam. Rempah mandy kakpating beli yang siap hehe.

Kebetulan adik ada singgah balik keja dari PD so buat lebih sikit nasi arab ni. Cara masak sedikit berbeza sebab kakpating guna Philips Pressure Cooker so tak yah rebus ayam @ rendam beras lama hehe

So here we go πŸ˜‰

Nasi

3 cawan Beras basmathi
3/4 ekor ayam *kakpating guna ayam kampung ajwa*
Minyak sapi
2 SB rempah mandy
1 biji bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
Garam secukupnya

1. Basuh beras dan toskan.
2. Panaskan minyak sapi. Guna Mode Bake Chicken. Tumis bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan rempah mandy dan masak sehingga naik bau. Tambah air sedikit.
4. Masuk ayam dan gaul sekata. Masukkan tomato dan air separas ayam.
5. Tutup periuk dan laras kepada pressure. *masa ni kakpatong tukar ke mode vege sebenarnya sbb taknak ayam kampung terlalu hancur*
6. Keluarkan ayam dan masukkan beras dan masukkan air secukupnya. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan ayam dan letak di atas beras.
8. Tekan mode rice dan tutup periuk dengan penutup dan laraskan kepada pressure. Tunggu 14+ minit dan siap!

Ayam Panggang

1/4 ayam kampung
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 SB rempah mandy
Garam
Minyak sedikit

1. Gaul semua bahan dan sapu pada ayam. Perapkan lebih kurang sejam.
2. Panaskan oven 180°c.
3. Balut ayam dengan aluminium foil &  Bakar selama sejam @ sehingga masak.

Sos harrah

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
2 biji cili padi
Jus lemon
Daun ketumbar
Garam

1. Kisar semua bahan tanpa air kecuali garam.
2. Perasakan dengan garam

Salad arab

1 batang timun
2 biji tomato
1/2 biji Bawang besar
Daun ketumbar
Serbuk Lada hitam
Garam

1. Timun & tomato potong dadu
2. Bawang besar dan daun ketumbar dihiris halus
3. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.

Iftar 2

Tuesday, 7 June 2016

Ramadhan 2 | Resepi Kuih Kaswi

Salam Ramadhan πŸ˜„

Hari kedua ramadhan, menu untuk hari ni Nasi Arab Mandy ayam kg dan kuih Kaswi. Hehe takpe kan share makanan πŸ˜‰

Kali ni nak share sekali lahi resepi Kuih Kaswi. Sebelum ni pernah cuba dan share resepi dari azie kitchen. Kali ni kakpating cuba resepi dari blog Che Mat Gebu pulak yang diambil dari Yatie memories.

Resepi lebih kurang sebenarnya. Kuih kaswi nyonya yang sedikit berbeza dan boleh cuba next time 😊 Kak pating buat setengah adunan saje. Buat semalam nak bawak ke sg merab tapi xsempat sejuk so tak bawak la hehe.

Kuih Kaswi
Sumber : Che Mat Gebu

BAHAN A
5 cawan air
1 cawan gula merah @ gula melaka *kakpating masih gunakan gula manisan dari ganu*
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna coklat *boleh guna kicap pekat*

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 camca teh air abu (boleh guna air kapur)

Lain-lain
Kelapa parut putih, pilih kelapa muda sedikit yang berkulit basah
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Alas loyang 4 segi berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.

2. Masak semua bahan A, kecuali pewarna coklat, hingga larut. Biar sejuk dan tapis. Masukkan pewarna coklat atau kicap pekat.

3. Dalam satu bekas, masukkan tepung gandum dan tepung ubi, kacau rata dan tuang adunan Bahan A tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati. Tapis adunan tadi dan masukkan air abu, kacau rata.

4. Tuang dalam loyang tadi dan kukus 30 minit atau hingga masak. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong.

5. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

Kuih Kaswi

Wednesday, 25 May 2016

Pemanis mulut dari Bareeqa Kitchen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 😘

Tak pernah kakpating bercerita pasal Bareeqa Kitchen kan? Hehe Tak sempat nak bercerita!

Kali ni meh kakpating nak share sedikit apa ada di bareeqa kitchen k. Layanzz

Anda peminat pemanis mulut? Atau mencari pemanis mulut untuk menceriakan majlis-majlis keraian anda? 

🍫🍬🍭 Jom cuba pemanis mulut di @bareeqa_kitchen @bareeqa_kitchen @bareeqa_kitchen! 🍫🍬🍭

🌷 Walnut Brownies (Pelbagai topping)
🌷 Brownies Kedut
🌷 Bavarian Choc Brownies
🌷 Pavlova (Full/Mini)
🌷 Salted Caramel Choc Cake
🌷 Cream Puff
🌷 Fruit Tartlet
🌷 Congo Bar
🌷 VS cake
🌷Cupcakes 







Dan lain-lain. Boleh jenguk di FB/IG Bareeqa Kitchen ye.

πŸ“² Nak Order? πŸ“²
012.395.6467
012.395.6467
012.395.6467

πŸš— Pick-up/delivery πŸš—
Pick-up : Zeta Park
Delivery : RM10-Rm20 (Percuma disesetengah tempat berdekatan)

Popular Posts

blog sTats